pengurusan 1bestari.net

Dimaklumkan bahawa sebilangan besar sekolah di daerah Kota Tinggi telah menerima perkhidmatan 1Bestarinet.
Bagaimanapun hasil dari tinjauan secara rambang pihak PPD Kota Tinggi dan hasil dapatan dari Audit Dalamn KPM kebanyakan sekolah tidak melaksanakan pengurusan 1Bestarinet dengan cara yang betul.
Disini saya menyarankan pihak sekolah agar mengambil tindakan berikut dengan kadar segera:
1.Menyediakan Fail Khas pengurusan 1Bestarinet.
2.Menyediakan Buku Log Aduan berkaitan Capaian Internet dan CPE
Zoom.
3.Menyediakan Buku Log Pergerakan Dongle Yes
Semua aduan ke Helpdesk YTL 0187998787 dan email:  moe.support@ytlcomms.my
Dapatkan no tiket aduan setiap kali membuat aduan ke Helpdesk.


Yang kedua,
pihak sekolah telah menggunakan perkhidmatan Ibestarinet untuk menjalankan Pengujianan Kelajuan dan Capaian Internet secara berkala pada setiap bulan dan dimajukan ke unit ICT .
Disertakan borang Instrumen Pemantauan 1Bestarinet(perlu dikembalikan berserta dengan print screen ke Unit ICT PPD Johor Bahru pada setiap 26hb pada setiap bulan mulai bulan Februari 2013) untuk dipanjangkan ke Sektor SPMICT JPN Johor.
Pihak tuan diminta membuat
1.Pengujianan Kelajuan bagi ketiga-tiga unit CPE Zoom ( print screen )
2.Gunakan Komputer riba dan kabel network(RJ45)
3.Buka pelayarWeb(Web Browser)
Sebarang kesulitan diatas perkara ini amat dikesalkan.Kerjasama tuan sangat-sangat dihargai.
Sekian terima kasih


Perhatian dari pihak pengurusan ict di atas perkara ini amat dihargai.
Sekian harap maklum.



Tindakan : Penyelaras Bestari dan FT17