profil menteri besar

Nama Mohamed Khaled Nordin

Tempat Lahir Muar, Johor

Tarikh Lahir 30 November 1958

   

 

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ledang, Tangkak dan bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Muar sebelum meneruskan pengajian ke Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1982. Khaled menyertai Jabatan Undang-Undang Petroleum National (PETRONAS).

Khaled telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Seri Rosni Omar pada tahun 1986 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

PENGALAMAN DALAM POLITIK

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia (2004-2008)

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor (2004-2008)

Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang (2004-kini)

Ketua Penerangan UMNO Johor (1998-2004)

Ketua Penaja UMNO Bahagian Tebrau (Januari-April 2004)

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1998-2003)

Ketua UMNO Cawangan Taman Putera (1993-2003)

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (1993-1999)

Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Negeri Johor (1997-1998)

Ketua Barisan Nasional Bahagian Johor Bahru (1996-1998)

Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Johor (1995-1996)

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Johor (1993-1995)

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru (1993-1995)

Ketua Pemuda Barisan Nasional Johor Bahru (1993-1995)

PERSATUAN/PERTUBUHAN SOSIAL

Presiden Majlis Belia Negeri Johor (1999-2002)

Yang Dipertua Koperasi Pemandu Teksi Johor Bahru Berhad (Sehingga 2004)

Badan Kebajikan Islam Kampung Melayu Majidee (Penaung)

Junior Chambers Johor Bahru (Penaung/Penasihat)

Persatuan Pemborong Ikan Johor Bahru (Penaung/Penasihat)

Silat Kalimah Malaysia Cawangan Johor (Penaung)

Persatuan Muhibbah Tanjung Puteri Johor Bahru (Penaung)

Persatuan Peniaga India Johor (JIBA) (Penaung)

Persatuan Peniaga India Malaysia (MIBA) (Penaung)

REKOD DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN

Mohamed Khaled dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan (1983-1986) dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kebajikan Masyarakat (1986-1987), Dato’ Shahrir Abdul Samad. Karier Khaled sebagai Ahli Parlimen pula bermula pada tahun 1990 apabila beliau memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru selama tiga penggal berturut-turut  (tahun 1999, 2004 dan 2008) sehinggalah beralih ke kerusi Parlimen Pasir Gudang yang baharu dibentuk hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya. Beliau juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang sehingga kini.

PENGALAMAN SEBAGAI ANGGOTA PENTADBIRAN KERAJAAN

Peranan dan sumbangan Khaled diperlukan dalam kerajaan dengan pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya bermula Disember 1999. Sejurus selepas pilihan raya umum 2004, beliau dinaikkan pangkat sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Bermula 1 April 2008, beliau diamanahkan pula untuk menerajui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sehingga 2013.

PENGIKTIRAFAN NEGARA

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai Projek Lynas Advanced material Plant (LAMP)

Wakil Khas Perdana Menteri Malaysia untuk kunjungan hormat kepada Presiden Mesir yang baharu, Mohamed Morsi