Sekolah Kebangsaan Telok Sengat atau nama ringkasnya SK Telok Sengat, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di JKR 788, Telok Sengat.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Telok Sengat memiliki 52 pelajar lelaki dan 72 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 124 orang. Ia mempunyai seramai 14 orang guru.2009

Sekolah ini dibuka pada tahun 1930 ( tercatat dalam buku Sejarah Johor ) Bangunan asal didirikan oleh orang-orang kampung di tepi Sungai Johor.Guru pertama yang berkhidmat di sekolah ini ialah Allahyarham En.Yaakub bin Hj. Mohd.Shah.Pada tahun 1952 sebuah bangunan baru didirikan bagi menggantikan bangunan lama di lokasi yang baru di atas bukit, Bilangan murid pada masa itu ialah seramai 80 orang dengan tenaga pengajar seramai 4 orang guru.Pada tahun 1970 , bangunan batu 2 tingkat didirikan.Bangunan lama tetap digunakan bagi menampung pertambahan mendadak murid iaitu seramai 200 orang berserta 10 orang guru.Bangunan 3 tingkat ( blok B ) dibina pada tahun 1985. Bangunan ini digunakan bersama SJK(C) Nanya Telok Sengat dan SJK (T) Ladang Telok Sengat. Tapak bangunan sekolah lama telah dijadikan padang sekolah. Tanggungjawab terhadap Sekolah Cawangan Sungai Layau telah dimansuhkan pada tahun 1992 yang kini dinamakan SK. Sungai layau. Bangunan blok C telah dibina pada tahun 1999 . Di sekolah ini juga disediakan 8 unit rumah guru 2 tingkat dan 4 unit rumah guru setingkat.


senarai guru besar skts

BIL GURU BESAR TAHUN PERKHIDMATAN
1  EN YAAKOB B MD YUSUF

 1930-1935

2 EN ABU BAKAR B AYOB

1935-1952

3 EN MOHD YAAKOB B SAKAH

1952-1963

4 EN MOHAMAD B ABU AMAN

1963-1966

5 HJ MOHD AMIN B JANTAN

1966-1994

6 TN HJ MOHD TAHIR B SHARIFF

1994-1998

7 EN MAHADAN B SANI

1998-2006

8 HJ ANNUAL B JUAH

2006-2007

9 EN SHAHARI B AHMAD

2007-2008

10 EN ABU BAKAR B AHMAD

2008-2011

11 PN ZAHARAH BT AWANG

2011-2012

12 EN M AZMI B SULIMAN

2012-2013

13 PN HJH KHALIJAH BT ATTAN

2013-2016

14 EN MOHAMAD SARIF BIN ALBI

2016-